INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Jet bentuk kon wap di angkasa

Thursday, May 28, 2009

 

JET Super Hornet milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) membentuk kon wap di ruang angkasa New York.

NEW YORK - Sebuah jet pejuang Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Super Hornet menembusi awan berbentuk tiga segi di angkasa, lapor sebuah akhbar semalam.

Tidak ada muslihat kesan teknik khas digunakan bagi mewujudkan awan berbentuk tiga segi itu.

Awan itu dikenali sebagai kon wap wujud pada satu-satu keadaan di atmosfera ketika objek bergerak pada kelajuan tinggi.

Gambar yang menunjukkan jet bernilai AS$55.75 juta (RM196.21 juta) itu dirakamkan pada Pertunjukan Udara Pantai Jones di Wantagh, New York pada Sabtu lalu.

Jet itu bergerak pada kelajuan 917.33 kilometer sejam dan dipandu oleh Leftenan Justin Halligan dan Leftenan Michael Witt.

Ia digunakan oleh Tentera Laut AS sejak 1999.

Editor majalah Jane's All the World's Aircraft, Paul Jackson berkata, kon wap itu berlaku akibat perbezaan tekanan yang berlaku di sekitar jet tersebut.

Tekanan yang menurun secara tiba-tiba dan kelajuan tinggi jet menyebabkan wap air terbentuk yang pada kebiasaannya tidak dapat dilihat.

- Agensi

Kosmo!

29 Mei 2009

0 comments: