INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

10 bencana aneh

Tuesday, May 19, 2009

 


Letusan gunung berapi Pelée pada tahun 1902

Serangan ular di St. Pierre

Pada tahun 1902 berlaku beberapa gempa kecil di kawasan St. Pierre, daerah Martinique di bawah jajahan Perancis. Gempa tersebut akibat gunung berapi Pelée yang aktif dan memuntahkan laharnya menyebabkan kawasan St. Pierre dilitupi asap dan bau sulfur yang mengakibatkan ketidak selesaan kepada penduduk dan binatang. Fenomena ini menyebabkan sekumpulan serangga seperti semut dan lipan serta ular-ular berbisa keluar dan berada di kawasan petempatan. Kumpulan serangga dan ular berbisa ini telah membunuh hampir 50 orang penduduk dan binatang ternakan. Pada 5 Mei 1902, limpahan larva mula mengalir dan membunuh ratusan penduduk diikuti pula oleh tsunami. Pada 8 Mei 1902, gunung berapi Pelée meletus dan menghancurkan kota St. Pierre dalam masa tiga minit. Daripada populasi seramai 30,000 hanya 2 orang yang terselamat.


Kekecohan di Gereja Baptis Shiloh

Pada 19 September 1902 seramai dua ribu masyarakat kulit hitam telah berhimpun di Gereja Baptis Shiloh, Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat untuk mendengar ceramah Booker T. Washington, seorang aktivis hak asasi kaum kulit hitam di Amerika Syarikat. Setelah selesai ceramah, berlaku sedikit perselisihan merebut kerusi kosong. Kata-kata 'fight' yang diucapkan oleh seseorang telah disalah ertikan sebagai 'fire' menyebabkan orang ramai berpusu ke pintu keluar untuk melarikan diri. Malangnya pintu keluar begitu sempit manakala tangganya cukup curam, diiringi dengan insiden tarik menarik dan pijak memijak, mengakibatkan 115 orang mati terbunuh.



Banjir sirap tebu di Boston

Pada 15 Januari 1919, sebuah tangki besar yang mengandungi sirap tebu pecah dan membanjiri kawasan North End, Boston, Amerika Syarikat, membunuh 21 orang dan mencederakan 150 orang. Bencana ini menjadi kisah legenda rakyat dan dikatakan sehingga kini bau aroma sirap tebu itu boleh dihidu sewaktu musim panas.


Letupan Tangki Gas di Pittsburgh

Kemalangan ini berlaku di daerah Pittsburgh, Pennsylvania pada 14 November 1927. Sebuah tangki gas yang terbesar di dunia pada waktu itu telah meletup dan mengakibatkan hujan berapi dan logam sejauh satu batu, mengorbankan 28 orang dan mencederakan beratus-ratus yang lain.


Demonstrasi kebakaran Gilingham

Pada 11 Julai 1929, suatu demonstrasi memadam api yang dijalankan oleh pasukan bomba Gilingham, Kent, England telah berlaku kesilapan dan mengakibatkan kebakaran yang besar. Kebakaran ini telah mengakibatkan 15 orang peserta demonstrasi terbunuh.



Rempuhan di bangunan Empire State

Bangunan Empire State di New York, Amerika Syarikat pernah dinobatkan sebagai bangunan yang tertinggi di dunia. Pada 28 Julai 1945, seorang juruterbang bernama Leftenan Kolonel William Franklin Smith, Jr. telah merempuh tingkat 76 bangunan ini dengan pesawat Bomber B-25 Mitchell. Leftenan Kolonel William Franklin Smith, Jr. terbunuh dalam kejadian ini, begitu juga dengan 17 orang penghuni di dalam bangunan. Bangunan itu terbakar dan serpihan-serpihannya jatuh ke bawah. Agak bernasib baik kerana kejadian itu berlaku sewaktu cuti umum dan tidak banyak pejabat yang dibuka pada hari itu.



Letupan Tunguska

Pada 30 Jun 1908 suatu letupan telah berlaku berhampiran Podkamennaya, Sungai Tunguska (kini dikenali sebagai Krasnoyarsk Krai) di Russia. Letupan ini dipercayai terjadi akibat impak daripada rempuhan meteor ataupun komet berukuran sekitar 20 meter (60 kaki). Tenaga yang dihasilkan akibat letupan berukuran 10 dan 20 megaton TNT, 1,000 kali lebih dahsyat daripada bom yang digugurkan di Hiroshima atau menyamai dengan letupan Castle Bravo, bom berkuasa nuklear yang paling tinggi pernah diletupkan di Amerika Syarikat. Letupan Tunguska ini telah meranapkan hampir 80 juta pokok di sekitar 2,150 kilometer persegi. Kesan letupan ini masih dapat dilihat melalui satelit.


Letupan Bandaraya Texas

Pada 15 April 1947 sebuah kapal pengangkut Perancis telah memasuki kawasan dok di Bandaraya Texas, Amerika Syarikat dan mengangkut 1,400 tan ammonium nitrate. Pada waktu malam, api telah muncul di bahagian bawah dek kapal. Pagi esoknya, kepulan asap hitam telah merisaukan pihak berkuasa pelabuhan kerana kilang kimia racun perosak terletak hanya 700 kaki daripada kawasan itu. Sewaktu mereka menjalankan kerja-kerja menarik kapal tersebut ke tengah laut, bola api tiba-tiba melantun keluar daripada kapal dan dalam beberapa minit, kilang kimia tersebut meletup dan mengorbankan ratusan pekerja dan mereka yang berada berhampiran kawasan kejadian. Kebanyakan kawasan perdagangan hancur dan api marak di sepanjang tepian laut, meletupkan pula sejumlah besar tangki yang berisi gas butana. Tidak lama kemudian, sewaktu tengah malam, kapal yang membawa ammonium nitrate itu pula meletup, mengulangi semula insiden yang berlaku pada waktu siang dan mengorbankan lebih daripada 500 orang sementara 1000 lagi mengalami kecederaan.


Bencana bijirin beracun di Basra

Pada bulan September 1971, sebanyak 90,000 tan metrik bijirin telah dihantar ke pelabuhan Basra di Iraq. Barli Amerika dan gandum Mexico yang telah disembur dengan methyl-mercury untuk mencegah kerosakan. Meskipun terdapat nota amaran tentang bahan beracun ditulis di bungkusan bijirin tersebut, ia hanya ditulis dalam bahasa Inggeris dan Sepanyol. Agak malang kerana belum sempat bijirin tersebut diagih-agihkan oleh pihak berkuasa Iraq, bijirin tersebut telah dicuri dan dijual kepada penduduk yang memerlukan makanan. Pihak berkuasa Iraq menyembunyikan perkara sebenar daripada pengetahuan awam bagaimanapun dua tahun kemudian, dua orang wartawan Amerika mendapat bukti bahawa terdapat 6,530 kes keracunan merkuri dirawat di hospital tempatan. Pihak pentadbiran Iraq mengakui terdapat 459 kematian sedangkan jumlah sebenar menghampiri 6,000 orang dan 100,000 orang menderita kesan keracunan seperti buta, pekak dan kerosakan otak.


Rempuhan gajah di Hutan Chandka, India

Pada 10 Julai 1972 telah berlaku kejadian rempuhan dan amukan gajah di hutan Chandka di India. Rempuhan tersebut mengakibatkan kematian seramai 24 orang. Punca amukan dikatakan kerana suhu panas yang melampau.

0 comments: