INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

UFO pernah ditembak jet Britain

Tuesday, April 14, 2009

 

GAMBAR menunjukkan sebuah objek terbang yang tidak dikenali (UFO) berlegar di Tonbridge, Kent pada 2002.

LONDON - Juruterbang-juruterbang Tentera Udara Diraja Britain cuba untuk memusnahkan beberapa objek terbang yang tidak dikenali (UFO), lapor sebuah akhbar semalam.


Maklumat itu didedahkan oleh seorang pekerja yang pernah berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan Britain, Nick Pope.


Menurutnya, juruterbang-juruterbang RAF pernah melepaskan tembakan ke arah UFO tetapi mereka gagal untuk menjatuhkan objek itu.


"Kami mengetahui dalam beberapa kes arahan sudah diberikan supaya menembak jatuh UFO," katanya.


Pope berkata, arahan itu diberikan selepas terdapat puluhan objek yang tidak dikenali dikesan berada dalam ruang udara Britain.


Menurutnya, arahan itu sudah dikeluarkan sejak awal 1980-an.


Namun, pertempuran antara jet-jet RAF dengan UFO itu masih dirahsiakan, kata Pope yang pernah berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan Britain selama 21 tahun. - Agensi


27 Januari 2009


0 comments: