INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Selesema babi ciptaan Barat

Tuesday, April 28, 2009

 

JAKARTA: Menteri Kesihatan Indonesia, Siti Fadilah Supari semalam berkata, selesema babi yang mengorbankan 152 orang di Mexico setakat ini, mungkin buatan manusia.

Menteri yang penuh kontroversi itu bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci dakwaannya.

Bagaimanapun, sebelum ini, dia pernah berkata, kerajaan Barat mungkin bertanggungjawab menghasilkan virus dan kemudian merebakkannya ke negara sedang membangun bagi meningkatkan untung syarikat pengeluar ubat.

“Saya tidak pasti sama ada virus itu dihasilkan manusia. Tetapi ia ada satu kemungkinan,” katanya kepada wartawan pada sidang akhbar yang diadakan untuk menjelaskan tindak balas kerajaan terhadap ancaman wabak itu.

Setakat ini, belum ada kes wabak itu dilapor berlaku di Indonesia, negara paling teruk dilanda selesema burung yang meragut nyawa kira-kira 250 orang di seluruh dunia sejak 2003.

Pihak berkuasa Indonesia mengambil langkah menambah mesin pengimbas suhu dan mengharamkan pengimportan babi hidup dan produk haiwan itu.

Siti, pakar jantung juga berkata, selesema babi itu tidak mungkin dapat bertahan di negara tropika seperti Indonesia.

“Kita perlu sentiasa berjaga-jaga walaupun selesema babi di Indonesia bukan menjadi punca untuk kita cemas.

“Virus itu hidup di negara yang mempunyai empat musim. Ia mungkin tidak boleh bertahan sebaik masuk negara tropika seperti Indonesia,” katanya, - Reuters

Harian Metro

29 April 2009

0 comments: