INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Pulau berbentuk hati jadi tarikan kekasih

Tuesday, April 14, 2009

 


ZAGREB - Pulau Galesnjak yang terletak di Laut Adriatik di luar pantai Croatia kini menjadi perbualan di kalangan pasangan kekasih kerana bentuknya seperti hati, lapor sebuah akhbar semalam.


Pulau itu sebelum ini tidak menjadi perhatian banyak pihak walaupun pemiliknya menyedari ia mempunyai bentuk seperti hati.


Namun, sejurus imej pulau itu muncul dalam laman Google Earth, ramai pasangan kekasih mula menjadikannya sebagai topik perbualan sehingga ada yang mahu mengunjunginya.


Pulau itu berkeluasan 108.69 meter persegi dan ia merupakan lokasi terbaik untuk meraikan Hari Kekasih pada Sabtu ini.


Pemilik pulau itu, Vlado Juresko berkata: "Tiada sesiapa tinggal di pulau itu tetapi jika ada kekasih yang mahu menghabiskan masa bersama, ia adalah tempat yang terbaik."


Namun, dia tidak menjelaskan siapakah pelancong yang mahu tinggal di pulau itu atau bagaimana cara mereka akan memperoleh makanan dan air.- Agensi


Kosmo!

12 Februari 2009

0 comments: