INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Misteri pembongkaran Chupacabra

Sunday, April 12, 2009

 

Phylis Canion menunjukkan kepala haiwan yang dipercayainya Chupacabra

Phylis Canion tinggal di Afrika sejak empat tahun lalu. Sepanjang hayatnya, dia menjadi seorang pemburu dan menyimpan kepala kuda belang dan haiwan-haiwan eksotik. Namun, penemuan yang ditemuinya beberapa bulan lalu di belakang rumahnya adalah satu khazanah yang sanggup dibekukan kerana dipercayai merupakan kepala haiwan mistik, Chupacabra.

"Ia nampak hodoh," jelas Canion memegang kepala mamalia tersebut dengan telinga besar, gigi taring yang panjang dan warna kulit biru berkelabuan. Haiwan ini juga tidak berbulu.

Canion dan jiran-jirannya menemui tiga kepala haiwan seberat 40 paun itu di ladang ternak di Cuero yang terletak kira-kira 80 batu dari San Antonio. Canion berkata, dia menyelamatkan salah satu kepala haiwan tersebut bagi membolehkan beberapa ujian kepastian seperti DNA dilakukan.

Dia mengesyaki haiwan ini merupakan dalang di sebalik kematian dan pembunuhan 26 ekor ayamnya sejak beberapa tahun lalu.

"Saya tidak pernah melihat perkara seperti ini dan ia amat kejam," katanya.

Apa yang membuatkan Canion percaya bahawa haiwan ini bukanlah koyote tetapi seekor haiwan ibarat puntianak ialah kerana kesemua haiwan yang mati tidak dimakan tetapi hanya darahnya dihisap.

Chupacabra bermaksud kambing penghisap darah dalam bahasa Sepanyol dan dipercayai berasal dari Amerika Latin terutamanya Puerto Rico dan Mexico. Canion percaya haiwan ini keluar dari sarangnya disebabkan hujan lebat.

"Saya rasa haiwan ini ada genetik serigala. Mesti campuran dua atau tiga haiwan," ujarnya.

Chupacabra telah menarik perhatian penduduk sebagaimana ia dilihat dalam misteri di sebalik Bigfoot dan Naga Loch Ness.

Bagaimanapun, Travis Schaar dari Hospital Haiwan Main Street di Victoria percaya ia adalah sejenis baka anjing yang pelik.

"Saya tidak kata ia bukanlah Chupacabra tetapi mungkin anjing Chupacabra."

Dalam menjelaskan perbuatannya menghisap darah, Schaar akui ada sesetengah anjing mempunyai kegemaran untuk menghisap darah.


Kosmo!
11 November 2007

0 comments: