INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Lokasi Atlantis sudah dikesan?

Wednesday, April 15, 2009

 

IMEJ segi empat tepat yang dianggap lokasi Atlantis dikesan oleh Google Ocean di Lautan Atlantik.


LONDON - Mungkinkah imej segi empat tepat yang dikesan di Lautan Atlantik merupakan kota Atlantis yang tenggelam dan pernah disebut oleh ahli falsafah Yunani, Plato?


Plato percaya Atlantis merupakan sebuah pulau yang bertamadun tinggi dikelilingi dinding dan tenggelam akibat gempa bumi dan banjir kira-kira 12,000 tahun lalu.


Gambar berbentuk segi empat itu dirakam menerusi enjin carian Google Ocean di Internet oleh jurutera pernerbangan, Bernie Bamford.


Kawasan itu terletak 997.79 kilometer dari luar pantai barat Afrika tidak jauh dari Sepanyol dan Kepulauan Canary.


Kurator arkeologi bersejarah di Universiti Negeri New York, Dr. Charles Orser menganggap penemuan itu sebagai sesuatu yang amat menarik.


"Lokasi itu merupakan tempat yang paling terkenal sebagai kemungkinan Atlantis seperti yang digambarkan oleh Plato," katanya.


Legenda Atlantis sudah lama berada dalam imaginasi ahli akademik selama berabad-abad lamanya.


Populariti legenda itu mendorong penerbitan siri drama Man From Atlantis yang menampilkan aktor Patrick Duffy sebagai manusia yang mampu hidup dalam lautan. Siri itu amat popular pada 1970-an. - Agensi


Kosmo!

21 Februari 2009

1 comments:

cerpelai said...

Penemuan besar ni..
Teka-teki berabad lamanya akan terjawab itupun kalau cerita ni betul-betul sahih..