INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Kumar pelakon paling kerdil di dunia

Wednesday, April 22, 2009

 


Kumar dan Gayatri Verne Troyer

NEW DELHI – Seorang selebriti kerdil, Ajay Kumar memperoleh rezeki mencurah-curah setelah diiktiraf sebagai pelakon paling kecil di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Kumar yang mempunyai ketinggian 85 sentimeter diiktiraf Guinness Book of World Records selepas membintangi lebih 50 filem sejak 13 tahun lalu.

Walaupun pelakon filem Austin Powers, Verne Troyer lebih rendah lima sentimeter berbanding Kumar, pelakon rakyat Amerika Syarikat (AS) itu tidak dapat direkodkan kerana dia tidak membawa watak utama dalam filem.

“Saiz saya kecil tetapi saya mempunyai bakat dan saya boleh bekerja seperti lelaki normal,” kata Kumar.

Kumar yang dikenali sebagai Unda Pakru di layar perak menjadi pelakon yang dikenali ramai di Kerala.

Artis tersebut berkahwin dengan seorang wanita normal Gayatri pada 2005.

“Ibu saya mencarikan saya pasangan hidup setelah seorang jiran kami memberitahu dia mempunyai seorang saudara yang terpelajar serta cantik.

“Syukur, anak perempuan saya yang berumur lima bulan bersaiz normal seperti ibunya,” tambah Kumar.

Jelasnya, Gayatri bersetuju mengahwininya atas kerelaan sendiri dan kerap memberi sokongan moral.

Kumar memperoleh pendapatan £20,000 (RM106,310) setahun atau lapan kali lebih banyak berbanding graduan universiti di India. – Agensi

Kosmo!

23 April 2009

0 comments: