INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Jerat pukau tukang tilik

Sunday, April 12, 2009

 

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Asalnya hanya mahu menilik tapak tangan, namun tanpa disedari dia sudah ‘terjerat’ dan menjadi mangsa pukau seorang lelaki yang mendakwa pandai menilik nasib sebelum dijadikannya bahan pemujaan ilmu hitam.

Bagaimanapun, lelaki berusia 50-an itu yang dikatakan berkelakuan pelik tidak merogolnya, sebaliknya hanya melumur minyak di seluruh tubuh mangsa menggunakan sikat yang diperbuat daripada tanduk binatang dipercayai sebagai pengantara pemujaan berkenaan.

Mangsa yang dikatakan tanpa seurat benang itu hanya mampu melihat dirinya diperlakukan sebegitu.

Dia hanya menyedari kesan lebam di tangan, belakang badan dan pelipat kaki selepas tiga jam dilepaskan.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Limah, 20-an, berkata mulanya dia berjumpa lelaki terbabit atas urusan kerja.

“Saya diarahkan bos untuk menghantar dokumen penting kepada seseorang di pejabat lelaki itu yang terletak berhampiran.

“Lelaki itu mengajak saya berbincang mengenai dokumen terbabit walaupun sepatutnya tiada perbincangan kerana saya hanya ditugaskan menghantar,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, Limah mendakwa lelaki terbabit meminta kebenarannya untuk melihat tapak tangan, kononnya untuk menilik nasib.

Sejurus kemudian, dengan tidak semena-mena mangsa disuruh membuka pakaian satu persatu dan kemudian diajak masuk ke biliknya tanpa sedikit pun membantah.

“Lelaki itu meminta saya berbaring lalu menggosok keseluruhan tubuh saya menggunakan sikat tanduk dan sejenis minyak yang tidak diketahui.

“Dia juga mencium saya tapi saya langsung tidak melarang,” katanya yang mendakwa keadaannya ketika itu antara sedar dan tidak.

Limah berkata, dia juga terasa sakit di bahagian perut dan punggung, namun tidak mampu berbuat apa-apa.

“Dia melepaskan saya tiga jam kemudian dan saya balik ke rumah seperti biasa sebelum menceritakan hal itu kepada ahli keluarga,” katanya.

Khuatir perkara buruk berlaku kepadanya, mangsa membuat laporan polis.

Keluarganya juga membawanya pergi berubat dengan pengamal ilmu tradisional berikutan sikapnya berlainan sejak ditimpa kejadian itu.

Oleh Sarah Zulkifli

Harian Metro
30 Mac 2008

0 comments: