INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Hospital cari pengusir hantu askar Rom

Tuesday, April 14, 2009

 

IMEJ lakaran artis ini menunjukkan bayangan hantu jelmaan askar Rom di Hospital Diraja Derby, England.

DERBY - Pihak pengurusan sebuah hospital di sini meminta bantuan seorang 'pengusir hantu' selepas beberapa pekerja melaporkan terserempak dengan hantu yang merayau-rayau di wad dan koridor, lapor sebuah akhbar semalam.


Pengurus Hospital Diraja Derby, Debbie Butler menghantar satu e-mel kepada para pekerja bagi memaklumkan rancangan untuk mendapatkan khidmat seorang paderi bagi mengusir hantu tersebut.


"Beberapa pekerja melaporkan mereka terserempak dengan hantu dan saya mengambil serius laporan itu kerana tidak mahu anda semua berasa tidak selesa berada di tempat kerja," katanya.


Menurutnya, dia meminta pihak pengurusan sebuah gereja untuk menghantar seorang paderi bagi menjalankan upacara menghalau hantu.


Hospital berharga £334 juta (RM1.72 bilion) itu dibina di tapak sebuah hospital lama yang dibina pada tahun 1920-an.


Hospital lama itu dipercayai dibina di laluan purba Rom dan terdapat spekulasi bahawa hantu yang dijumpai itu mungkin askar Rom yang terbunuh.


Seorang pakar paranormal, Lionel Fanthorpe memberitahu, Derby merupakan tempat yang paling banyak hantu di Britain.


Bandar itu mencatatkan paling banyak laporan berhubung pertembungan dengan hantu, serigala jadian dan pelbagai fenomena paranormal lain. - Agensi


31 Januari 2009

0 comments: