INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Fenomena ghaib

Tuesday, April 14, 2009

 

METAMATERIALS boleh memandu aliran gelombang elektromagnetik mengelilingi sebuah objek sehingga ia muncul di bahagian lain.

DALAM satu penemuan sains, pengkaji dari Amerika Syarikat (AS) dan China memaklumkan bahawa mereka kini semakin hampir mencipta sebuah perisai limunan.


Dalam satu usaha penyelidikan dan pembangunan beberapa set arahan matematik yang kompleks lagi maju, sekumpulan jurutera di University Duke, Carolina Utara, AS berjaya menjumpai atau secara tepatnya memperkenalkan satu inovasi yang mereka kenali sebagai metamaterials.


Metamaterials boleh memandu aliran gelombang elektromagnetik mengelilingi sebuah objek sehingga ia muncul di bahagian lain apabila memasuki sebuah ruang kosong. Fenomena ghaib itu memiliki persamaan yang hampir dengan kejadian logamaya yang dapat disaksikan dari jauh pada hari-hari yang panas, ujar seorang pengkaji kanan, Dr. David R. Smith.


"Anda lihat seperti ada seperti kelopak air di jalan raya tetapi dalam realiti, ia sebenarnya adalah pantulan dari langit," jelas Smith.


Kosmo!

4 Februari 2009


0 comments: