INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Budak buta boleh lihat semula

Wednesday, April 15, 2009

 

SEORANG kakitangan perubatan merawat Dakota di sebuah klinik di China.


DAKOTA


NEWTONABBEY - Seorang kanak-kanak berumur dua tahun di Ireland Utara yang dilahirkan buta dan mengalami penyakit usus, Dakota Clarke sembuh dan dapat melihat kembali selepas menjalani rawatan sel stem, lapor sebuah akhbar semalam.


Kanak-kanak perempuan itu yang menetap di sini mengalami sejenis kecacatan saraf optik yang dinamakan diplasia septo-optik selain masalah usus dan keseimbangan.


Ibu bapanya, Darren dan Wilma, masing-masing berumur 34 dan 28 tahun membawa Dakota menjalani terapi sel stem atau sel asas manusia di sebuah klinik swasta Amerika Syarikat di bandar Qingdao, China selepas melakukan penyelidikan melalui Internet berhubung penyakit berkenaan.


Pasangan suami isteri nekad mengumpul wang £30,000 (RM157,582) untuk membawa anak mereka mendapatkan rawatan yang masih di peringkat percubaan di klinik itu.


"Kami mendapat keajaiban. Anak kami dapat melihat dunia buat kali pertama," kata Clarke yang pernah bekerja sebagai seorang jurutera.


Menurutnya, sel stem yang diguna untuk merawat Dakota didermakan oleh beberapa orang ibu di China.


Sel asas tersebut dimasukkan menerusi garis rambut Dakota seterusnya merebak ke sel sarafnya dan pada yang sama, menyembuhkan kawasan yang rosak itu.


"Pada minggu lalu, dia menunjuk ke arah sikat di satu sudut di bilik rawatannya dan menjerit, Itu sikat. Saya hampir menangis kerana gembira," kata ibunya.


Selain itu terapi berkenaan dilaporkan turut memulihkan keseimbangan kanak-kanak itu dan membantu ususnya untuk berfungsi dengan lebih baik. - Agensi


Kosmo!

6 Mac 2009

0 comments: