INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Biawak ubah sejarah Galapagos

Monday, April 13, 2009

 

KEHADIRAN semula Rosada diharap dapat memperjelaskan kembali asal usul sebenar spesies haiwan purba.


SANTIAGO, Chile - Seekor biawak unik berwarna merah jambu yang muncul di kepulauan Galapagos bakal mengubah semula sejarah evolusi haiwan eksotik di pulau Pasifik itu.


Dinamakan sebagai Rosada, spesies iguana itu dipercayai hilang semasa saintis Charles Darwin melawat Galapagos pada 1835 yang kemudian mencetuskan kontroversi melalui teori asal usul manusia.


Penyelidik dalam laporannya kepada jurnal Proceedings National Academy of Sciences (PNAS) mendakwa, Rosada terpisah daripada kumpulan spesiesnya 5.7 juta tahun dahulu.


Saintis menganggarkan kurang 100 ekor haiwan itu yang masih hidup secara misteri sekali gus membuka lembaran baru bagi memperbetulkan semula sejarah evolusi manusia oleh Darwin. - Agensi


11 Januari 2009

0 comments: