INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Bunuh lembu sebelum bunuh diri

Tuesday, January 26, 2010

 


POLIS di Amerika Syarikat (AS) dikejutkan dengan kejadian seorang petani di sini membunuh 51 ekor lembu tenusu miliknya dengan sepucuk raifal sebelum membunuh diri.

Polis menemui mayat mangsa, Dean Pierson, 59 di sebuah bangsal ladangnya, kira-kira 185 kilometer dari sini pada Khamis lalu.

Menurut polis yang dipetik sebuah akhbar tempatan, mangsa menghadapi tekanan perasaan sebelum membunuh diri tetapi pihak berkuasa enggan mengulas lanjut.

Petani-petani tempatan dipercayai menanam bangkai lembu-lembu itu di luar sebuah bangsal kelmarin.

Mereka enggan bercakap tentang Pierson atau insiden itu tetapi salah seorang petani berkata, golongan petani kini berdepan saat sukar akibat kemelesetan ekonomi di AS. - AP

Kosmo!

24 Januari 2010

0 comments: