INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Struktur kuil Cleopatra ditemui

Sunday, December 20, 2009

 

SATU struktur granit kuil purba diangkut dari Laut Mediterranean di Iskandariah semalam.

ISKANDARIAH - Sekumpulan pakar arkeologi Mesir membawa keluar satu struktur kuil purba granit dari kompleks istana Ratu Mesir, Cleopatra yang tenggelam di Laut Mediterranean.

Struktur itu kini berada di pelabuhan Iskandariah, Mesir.

Beberapa penyelam dan pakar arkeologi menggunakan sebuah kren serta tali untuk menaikkan struktur setinggi 2.2 meter dan berat sembilan tan itu dari dasar laut semalam.

Struktur itu merupakan sebahagian dari pintu masuk ke kuil Isis, dewi kuno yang menjaga kesuburan dan magis.

Ia dipercayai terletak berhampiran istana milik Ratu Cleopatra di kota pelabuhan Iskandariah yang tenggelam ke dasar laut sejak berabad-abad lalu.

Cleopatra yang terkenal kerana kejelitaannya, memerintah Mesir pada kurun pertama sebelum masihi.

Struktur itu akan menjadi bahan pameran utama sebuah muzium bawah laut yang akan dibina di Mesir.

Semua artifak yang ditemui di dasar laut Mediterranean bakal dipamerkan di muzium tersebut. - AP

Kosmo!

18 Disember 2009

0 comments: