INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Bapa tiri mengaku sihir anak

Sunday, December 20, 2009

 

GAMBAR X-ray (kiri) menunjukkan sejumlah jarum yang terdapat dalam tubuh budak berumur dua tahun. Gambar kanan ialah perut budak itu.

BOTIRAMA - Seorang budak lelaki berumur dua tahun di Brazil menjadi mangsa ilmu hitam yang dilakukan oleh bapa tirinya selepas 50 batang jarum ditemui dalam tubuh mangsa, lapor sebuah akhbar semalam.

Ketua siasatan kes itu, Helder Fernandes Santana berkata, bapa tiri kanak-kanak tersebut, Roberto Carlos Magalhaes mengaku melakukan jenayah kejam itu selepas ditahan di sini, timur laut Brazil kelmarin.

"Dia berbuat demikian kerana mahu membalas dendam terhadap isterinya," kata Santana.

"Perempuan simpanan lelaki itu meminta dia membunuh kanak-kanak tersebut dengan menggunakan ilmu hitam," tambahnya.

Kanak-kanak itu yang dirahsiakan identitinya masih berada di unit rawatan rapi sebuah hospital di bandar Barreiras, berdekatan Ibotirama selepas dibawa ke hospital berkenaan oleh ibunya pada Ahad lepas, setelah mangsa mengadu sakit perut.

Budak itu telah dipindahkan ke sebuah hospital lain selepas 48 batang jarum dikeluarkan dari dalam tubuhnya menerusi pembedahan.

Menurut seorang pegawai semalam. dua batang jarum yang tidak dikeluarkan itu terletak dekat pada jantungnya. - Agensi

Kosmo!

18 Disember 2009

0 comments: