INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Orang minyak bermisai cabul gadis

Wednesday, September 16, 2009

 

Oleh OTHMAN YAHAYA

Shahirah (kiri) ditenteramkan ibunya selepas menceritakan tindakan orang minyak yang mencabulnya di Taman Keladi, Sungai Petani semalam.

SUNGAI PETANI - Lebih 300 keluarga di Taman Keladi dan Taman Angsana di sini hidup dalam ketakutan ekoran ancaman 'orang minyak' yang didakwa menceroboh rumah dan mencabul gadis-gadis.

Lebih membimbangkan, orang minyak itu dikatakan hanya memasuki rumah penduduk yang mempunyai anak gadis kononnya untuk tujuan mencabul dan bukan mencuri.

Ini kerana tiada kehilangan barang berharga seperti wang tunai atau barang kemas dilaporkan dalam empat kes pada malam Isnin lalu.

Seorang suri rumah yang mahu dikenali sebagai Fatimah, 42, dari Taman Keladi berkata, dalam kejadian pada pukul 5 pagi itu, dia terjaga daripada tidur selepas terdengar anak gadisnya yang berusia 15 tahun yang tidur di sebelahnya di ruang tamu menangis selepas mendakwa terkejut melihat satu lembaga hitam.

Ketika itu suaminya tiada di rumah kerana bekerja di Johor dan mereka lima beranak saja berada di rumah.

"Saya mulanya ingat dia mengigau tetapi anak saya berkeras memberitahu tubuhnya telah diraba oleh satu lembaga yang kemudian dilihat menuju ke dapur," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Kosmo!

17 September 2009

0 comments: