INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?

INGIN MEMBELI MINYAK WANGI?
Klik imej di atas

Bakal pengantin fobia lihat lutut

Monday, September 14, 2009

 

GAMBAR menunjukkan Sarah dikelilingi oleh kaki kepunyaan beberapa orang yang dikenalinya.

GOSPORT, England - Seorang bakal pengantin perempuan, Sarah Lister yang fobia melihat lutut kaki berharap akan mengatasi masalah yang dihadapinya sebelum majlis perkahwinannya berlangsung pada tahun depan, lapor sebuah akhbar semalam.

Sarah mula menghidap masalah ganjil itu sejak terlihat kaki bapanya terkehel ketika dia berumur 11 tahun.

Wanita yang berusia 25 tahun itu akan kebingungan, marah dan berpeluh apabila berada di sisi atau menyentuh lutut sesiapa sahaja yang berada dekat dengannya atau menyentuh lututnya.

Masalah fobia bakal pengantin perempuan itu dikenali sebagai genuphobia.

Sarah yang berasal dari Hampshire di sini berkata, pada musim panas keadaan dirinya akan menjadi lebih teruk jika dia keluar ke pantai atau pub.

"Saya akan menjadi risau malah ketakutan jika terlihat seseorang berpakaian mandi atau berskirt pendek. Saya turut menggigil ketakutan sekiranya sesiapa cuba menyentuh lutut saya," katanya.

Katanya lagi, masalah fobia dirinya itu tidak akan berlaku jika dia berada di samping tunang, keluarga kandung dan kawan rapat, berbanding lutut orang yang tidak dikenalinya.

Sarah percaya masalah fobia dalam dirinya itu semakin berkurangan pada setiap tahun dan berharap penyakit tersebut pulih menjelang majlis perkahwinannya pada tahun depan. - Agensi

Kosmo!

15 September 2009


0 comments: